Sunday, 1 March 2015

Penipuan Cyber:Apa Penyelesaian?

Terbaca  luahan daripada beberapa orang blogger yang telah ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.Pada mulanya  individu ini dikatakan menjanjikan hadiah yang tidak kurang hebatnya untuk kontest diblog blogger-blogger ini tetapi malangnya apabila diminta untuk menunaikan janji individu ini pula lesap.

Kesian aku lihat rakan-rakan blogger ini.Iyalah,nak kene pula menjawab dengan peserta yang telah menyertai kontest mereka itu.Tak pasal-pasal mereka pula nanti dituduh penipu.Harap empunya badan  akan tampil memberi penjelasan selepas ini dan bertanggungjawab atas apa yang tela dijanjikan.

Itu kisah didunia blog,lain pula kisahnya di facebook.Baru-baru ini  kecoh di sebuah group yang  mana aku turut menjadi ahlinya.Kes ini pula lebih berat.Ada peniaga-peniaga di facebook yang menjalankan perniagaan mereka melalui facebook,telah digodam akaun facebook mereka.

Paling kasihan apabila ada yang mengadu digroup tersebut yang mana 100peratus income hariannya adalah melalui platform tersebut.Manusia-manusia janganlah jaanamkan periuk nasi orang.Tak takut seksa ke tuhan ke?

Persoalannya apakah penyelesaiannya untuk kes-kes sebegini.Setakat ini nampaknya belum ada lagi jalan yang betul-betul dapat membantu menyelesaikan kes sebegini.Apakah isu-isu ini akan terus berlarutan?Mungkin anda sendiri boleh menjawabnya.

No comments:

Post a Comment