Friday, 20 February 2015

Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Di Muka


Assalamu Alaikum.. berkongsi tips sedikit..
jeragat saya tak de tapi jerawat ada ;( sekarang nie jerawat cepat sangat naik bahagian dagu kat tempat lain tak de..maybe sebab gatai tangan menggaru heheh

jom tengok petua nak hilangkan jeragat



Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih. 

Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.


Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. 
Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.

No comments:

Post a Comment