Thursday, 26 February 2015

5 Tips SEO Asas Untuk Beginner

Salam pembaca blog ini . Untuk pengetahuan anda saya juga dalam proses untuk mengetahui tips seo asas untuk beginner seperti saya. Walaupun plugin seo telah pun dipasang pada blog ini tetapi perkara paling asas sekali iaitu post atau artikel juga tidak terkecuali untuk menjadikan artikel tersebut mudah di index oleh spider crawler sekali gus berada di ranking 10 teratas dalam carian enjin.
1. Buat Analisis Blog Anda

Analisis blog atau website anda sama ada ianya SEO friendly atau sebaliknya. Boleh gunakan Google Webmaster Tool, periksa rangking di Alexa dan jika anda gunakan Chrome Google pasangkan aplikasi Pagerank Google.
2.Keywords atau Katakunci
Dapatkan keywords atau katakunci yang mempunyai carian yang tinggi dan buat satu artikel berdasarkan katakunci tersebut. Letakkan katakunci ditempat sesuai seperti di tajuk post,content post,URLs dan tajuk gambar. Bayangkan tajuk post anda sebagai sebagai katakunci bagi carian di enjin carian Google atau Yahoo. Ianya memudahkan enjin carian mengindeks blog anda dan berikan anda ranking yang terbaik.
3.Link Ke Blog Anda
Anda telah menyiapkan artikel dan katakunci yang sesuai. Berikan links yang berkaitan ke artikel anda. Contoh, jika kata kunci artikel “tips blogging WordPress”, search di enjin carian semua links yang berkaitan katakunci tersebut. Periksa juga Pagerank setiap links yang tersenarai dan lebih baik berikan link ke blog anda Pagerank yang tinggi.
4.Bina Sitemap
Bina satu pages sitemap jika anda mempunyai puluhan artikel yang telah disiarkan. Ianya memudahkan engine crawler mengindeks blog anda seperti sitemap saya.
5.Deskripsi Gambar
Jarang diberi perhatian bahawa gambar yang disiarkan boleh meningkatkan SEO blog. Berikan katakunci pada deskripsi gambar. Engine crawler hanya mencari katakunci maka deskripsi gambar juga memainkan peranan kepada SEO anda.

No comments:

Post a Comment